Latar Belakang Azwanddin_Hamzah

Dato' Azwanddin dilahirkan pada 26 September 1973 di Kuala Lumpur. Beliau berkahwin dengan Datin Noor Ainon Mohd Fadzil dan dikurniakan empat orang anak.

Dato' Azwanddin menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Jenia Kebangsaan Cina Lee Rubber[3], Gombak. Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina Chong Hwa[3] dimana beliau menduduki Sijil Rendah Pelajaran. Disebabkan oleh tugasan ayahnya, beliau telah berpindah ke Sekolah Menengah Chong Hwa Sin, Kuala Terengganu dimana beliau menduduki Sijil Pelajaran Malaysia dan mendapat Pangkat Satu. Dato' Azwanddin seterusnya memperoleh Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama dalam Pentadbiran Perniagaan pada tahun 1995 dari University of Western Ontario, Kanada dan Ijazah Sarjana dalam Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian daripada universiti yang sama.

DIsebabkan oleh pendidikan awalnya di sekolah aliran Cina dan kehidupan universitinya di Kanada, tidak hairanlah apabila beliau mampu menguasai Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Mandarin[3] dengan lancar.

Dato' Azwanddin juga mempunya minat yang mendalam dalam permainan bola sepak dan menunggang kuda. Beliau merupakan Presiden Jaringan Melayu Malaysia Football Club yang telah menjadi juara dalam Kuala Lumpur Football Association Super League bagi sesi 2016/2017[4].